"Anak ibarat kain putih,ibu bapalah yang akan mencorakkannya". Ungkapan ini membawa maksud anak-anak yang dilahirkan ke dunia ini tidak tahu apa-apa, bahkan mereka juga tidak tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Oleh itu, ibu bapalah  yang bertanggungjawab untuk membentuk keperibadian anak-anak mereka.

           Jika kita lihat pada hari ini, banyak kes jenayah yang melibatkan golongan remaja seperti merempit, meragut, dan merompak. Bukan itu sahaja, ramai remaja yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat seperti vandalisme, gengsterisme pergaulan bebas, menagih dadah, dan yang paling meneydihkan ialah buang bayi. Kes-kes ini semakin membimbangkan saban hari. Namun begitu, jalan penyelesaiannya masih belum dapat ditemui.

            Dari manakah datangnya semua ini? Siapa yang mengajar mereka? Sudah semestinya bkan ibu bapa tetapi mereka belajar daripada rakan-rakan mereka yang mempengaruhi mereka dan sesetengahnya pula belajar daripada internet yang menyalurkan unsur-unsur negatif. Jadi, apa kaitannya dengan ibu bapa? Kaitannya ialah ibu bapa kurang mengawasi anak-anak mereka. Ibu bapa tidak mengambil tahu dengan siapa anak mereka bergaul dan apa yang dilakukan oleh para remaja ini semasa melayari internet.

          Ramai ibu bapa yang memberi alasan bahawa mereka terlalu sibuk dengan kerja masing-masing dan tidak mempunyai masa untuk memerhatikan setiap gerak geri anak. Ada pula yang berpendapat bahawa anak mereka sudah besar dan matang, jadi, mereka tidak perlu diawasi dan dijaga seperti budak kecil. Tanggapan ini salah sama sekali dan perkara inilah yang membuat anak-anak memilih jalan yang salah dalam hidup mereka. Bagi ibu bapa yang sibuk pula, penting sangatkah pekerjaan itu sehingga sanggup mengabaikan anak sendiri, amanah daripada Tuhan dan lebih berharga dari wang ringgit? Adakah mereka lebih sanggup melihat anak mereka meringkuk dalam penjara/

         Untuk mengelakkan anak-anak ini terjerumus ke lembah hitam, ajaran dan didikan yang secukupnya perlu diberi kepada mereka. Siapa yang akan mengajar dan mendidik? Siapa lagi kalau bukan ibu bapa mereka sendiri. Ibu bapa tidak boleh mengharapkan pengasuh atau guru-guru untuk mendidik mereka kerana didikan daripada guru dan pengasuh amat jauh bezanya dengan didikan daripada ibu bapa. Hal ini disebabkan oleh ibu bapa adalah orang yang paling hampir dengan anak-anak. Tambahan pula, anak-anak telah meluangkan masa selama sembilan bulan di dalam rahim ibu mereka dan bukan di dalam rahim pengasuh mahu pun guru-guru mereka. Jadi, anak-anak dapat menerima ajaran dengan lebih baik dan sempurna.

         Kesimpulannya di sini, ibu bapa adalah insan yang telah  diamanahkan untuk mencorak peribadi anak-anak mereka. Oleh itu, ibu bapa harus menunaikan tanggungjawab tersebut dengan sebaik mungkin. Jangan pula menyalahkan amanah itu kepada orang lain dan jangan sesekali lari daripada tanggungjawab tersebut. Jangan dipersia-siakan anugerah yang tidak ternilai daripada Tuhan.

 *karangan saya yg telah diperbaiki oleh Puan Sharifah Binti Che Mat untuk PERCUBAAN PMR:BAHASA MELAYU [KERTAS 2]: BAHAGIAN C[SOALAN 2]

                                                                                                                                                    -SZ-  =)

9 comments:

  1. bolehkah saudari izinkan saya untuk mengambil beberapa isi penting daripada karangan ni ?

    ReplyDelete
  2. awk saya telh mgambil beberapa isi penting...thank ek....

    ReplyDelete
  3. assalammualaikum....
    awk,sya telah mgambil beberapa isi penting...
    thank...ek

    ReplyDelete
  4. salam..
    maaf sbb lmbt reply..
    sy m'alu2kan anda semua utk copy atau ambil isi2 ptg nye mahupn mnjdkannya sbg bhn rujukan..terima kasih byk2..silakan.. =)

    ReplyDelete
  5. tanq DivaRabbit...
    xlah x sehebat mne pn..
    huhu..

    ReplyDelete
  6. Karangan saudari terbaeekkkkk! i laike!

    ReplyDelete
  7. Nice essay
    It helps me alot

    ReplyDelete